3 Langkah Mudah Daftar Bisnes di Google Maps

daftar bisnes di google maps

Daftar Bisnes di Google Maps | Sekarang ni ramai orang yang guna google maps untuk ke mana-mana. Sebab bukan semua jalan kita tau nak pergi. Rugi kalau tak guna google maps. Tambahan pula bagi yang buat bisnes online. Dengan adanya google maps ini dapat memudahkan pelanggan untuk datang ke lokasi bisnes kita dengan mudah. 

3 Langkah Cara Daftar Bisnes di Google Maps

Nak daftar bisnes kat google maps ni senang je. Aku pun dah daftar bisnes di Google Maps. Dengan 3 langkah ni bisnes kita dah boleh berada di halaman Google Maps.

LANGKAH 1

Sign In Google Business

Mula-mula pergi ke halaman Google My Business. Klik pada “sign in”. Kalau takde akaun google boleh daftar PERCUMA.

Masukkan akaun google

Isikan maklumat akaun google.

Maklumat Bisnes

Nanti akan muncul halaman seperti di atas. Isikan maklumat bisnes kat ruangan ni. Seperti Nama Bisnes, Negara, Alamat.

Deliver Goods

Kat bahagian bawah sekali ada “important information”. Tandakan “Yes” kalau ada buat servis penghantaran untuk pelanggan. Kalau takde, boleh tandakan “No”. Pastu Klik “Continue”.

Can’t find address

Kalau keluar seperti halaman kat atas ni. Maknanya Google tak jumpa alamat yang kita daftar. Jadi kena lah “Set marker location”. 

Set kan Lokasi Bisnes

Klik pada “marker” yang kaler merah tu, point kan pada alamat bisnes. Pastu Klik “Done”.

Services Area

Nanti keluar pulak halaman “Add Service Area”.  Pilih kawasan dengan Add “region,city or postal code” atau pun dalam kilometer yang kita boleh hantar untuk pelanggan.

Kalau kita layan pelanggan di alamat yang daftar tadi, tandakan macam kat atas ni. Pastu klik “continue”.

Confirm Business

Klik “continue” kalau setuju dengan maklumat yang kita daftar tadi.

Verify by Mail

Klik “Mail”.

Masukkan Nama

Masukkan nama di ruangan “Optional Contact Name”. Senang nanti abang posmen hantar poskad. Haha.. Google akan menghantarkan poskad ke alamat bisnes atau perniagaan.

Poskad tersebut akan sampai dalam masa 1-2 minggu.

LANGKAH 2

Dah setel yang tadi, lengkap kan pulak “Google Page for Business”.

Profile Photo
contoh profile bisnes photo

Saiz gambar profil google business sekurang-kurangnya 250 x 250 pixel. Pastu Klik “Set profile photo”.

operasi bisnes

Kemudian masukkan waktu operasi bisnes. Macam aku buat kat atas ni. Setting masa ikut kesesuaian kita. Bisnes sendiri, sendiri yang tentukan masa. Kahkah..

Masukkan website kalau ada di kotak ‘Website URL’. Kalau takde boleh biarkan dulu kat bahagian ni. Boleh setting kemudian.

Kalau nak senang lagi boleh belajar buat blog yang simple sahaja. Guna Blogspot pun OK.

Untuk melengkapkan Google Page untuk bisnes , muat naik gambar-gambar perniagaan.

Muat naik gambar-gambar seperti:

  • Logo syarikat
  • Cover untuk Google page
  • Luar dan dalam kedai
  • Team perniagaan anda
  • Produk atau event yang anda buat

TAHNIAH, SUDAH SELESAI!

LANGKAH 3

  1. Tunggu poskad. Google akan hantar ke alamat premis perniagaan.
  2. Sahkan kod di dalam poskad.
  3. Tunggu sehari dua dan test KEYWORD anda di carian Google

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge